Bantuan IPT Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) 2023

Bantuan IPT Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) ditawarkan kepada anak negeri Melaka yang berkelayakan untuk melanjutkan pendidikan peringkat pengajian Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Bermula tahun 2023, kadar bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • DIPLOMA: RM 400.00
  • IJAZAH: RM 600.00
  • SARJANA: RM 600.00
  • PHD: RM 600.00
Bagi Universit Melaka (UNIMEL) & Melaka International College Of Science and Technology (MiCoST), semua peringkat Pengajian: RM 1000.00.

Syarat Kelayakan:

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat permohonan seperti berikut:
  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform   telah berkhidmat   dan telah   bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan   dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  • Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau dapatkan borang permohonan di pejabat TAPEM pada waktu pejabat.

Sistem Permohonan Online TAPEM

Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan ke pejabat TAPEM. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

Sekiranya pembayaran tidak diterima melebihi tempoh dua bulan permohonan maka dianggap tidak berjaya.

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Bantuan IPT Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
Tarikh tutup: Terbuka

Makluman Kepada Pemohon:

Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang:
  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah).
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT.
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon. Bank yang aktif sahaja. Akaun Bersama tidak dibenarkan. Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA).