Tawaran Penajaan JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) 2023

Penajaan JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Program Khas JKPJ Tahun 2023 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2022 sahaja.

Syarat Kelayakan:



  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Sila baca Iklan Penajaan JPA Program Khas JKPJ untuk memahami kesemua panduan, perincian syarat khusus mengikut bidang, struktur pengajian dan Frequently Ask Question (FAQ) yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan.

Cara Memohon Tajaan JPA:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA mulai 12 Jun 2023, 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023, 11.59 malam.

Permohonan Penajaan JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) 2023

Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/ pada 4 Ogos 2023 (Jumaat), 12.00 tengah hari.

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Hanya calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil ke program SAC.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel lepasanspm2023@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 sehingga 16 Jun 2023).

Tawaran Penajaan JPA Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
Tarikh tutup: 23 Jun 2023
Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.