Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tajaan JPA 2023

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tajaan JPA adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti Awam sahaja.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2023/2024

JPA akan membiayai yuran pengajian mengikut kadar universiti awam sahaja (saluran alternatif / terbuka / private wing / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian tidak ditaja).

Syarat Kelayakan:



  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan); dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Sila baca Iklan Tawaran Penajaan JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) untuk memahami kesemua panduan, perincian syarat khusus mengikut peringkat dan bidang pengajian, struktur pengajian dan Frequently Ask Question (FAQ) yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan.

Cara Memohon Tajaan JPA:

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) bermula 3 Julai 2023 (12.00 tengah hari) hingga 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari).

PERMOHONAN PENAJAAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2023 BAGI BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI

Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau https://esilav2.jpa.gov.my/ pada September 2023.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel pidn2023@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 3 sehingga 7 Jul 2023).
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tajaan JPA
Tarikh tutup: 7 Jul 2023
Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.