KEN Foundation Scholarship Awards 2024

Biasiswa KEN Foundation merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat KEN Holdings Berhad melalui pembiayaan bantuan pendidikan untuk pelajar warganegara Malaysia yang layak.

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025

Tawaran biasiswa ini ditawarkan untuk bidang-bidang pengajian berikut:
  • Civil Engineering
  • Quantity Surveying
  • Architecture
  • Building Management
  • Business Administration/Marketing/ Communication/Accounting
  • Human Resource Management
  • Event Management
  • Hospitality / Hotel Management
  • Agriculture

Dengan nilai biasiswa sehingga RM 10,000 setiap tahun akademik, dasar pemilihan bukanlah berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata, namun lebih mengutamakan pelajar yang memerlukan dan mampu untuk meneruskan pengajian.

Syarat Kelayakan:



  • Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa berumur antara 18 - 23 tahun;
  • Keluarga berpendapatan rendah (Pendapatan gabungan yang tidak melebihi RM60,000 setahun);
  • Pelajar yang memenuhi syarat dan telah berjaya ditawarkan ke kursus seperti yang ditakrifkan dalam bidang pengajian di mana-mana universiti tempatan;
  • Tidak boleh terikat atau menerima apa-apa bantuan kewangan atau ganjaran dari institusi pendidikan, organisasi atau yayasan lain;
  • Dibuka untuk semua mahasiswa dan untuk pelajar di peringkat ijazah pertama sahaja.

Cara Memohon:

Sila muat turun BORANG PERMOHONAN BIASISWA KEN FOUNDATION 2024.



Selain borang permohonan, pemohon juga perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut:
  • Foto bersaiz Pasport Terkini
  • Satu (1) salinan Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Salinan surat penerimaan Universiti pemohon *
  • Salinan Penyata Cukai Pendapatan terkini, Borang EA, Borang B, slip gaji ibu bapa / penjaga dan adik-beradik (jika ada) *
  • Salinan keputusan akademik, sijil dan transkrip *
  • Salinan sijil / pencapaian penghargaan akademik pemohon dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum *
* Pemohon perlu menunjukkan salinan asli semasa temu duga sekiranya dia disenarai pendek
* Tempoh ikatan dilampirkan pada biasiswa

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen berkenaan hendaklah dipos atau die-mel ke alamat di bawah:

KEN FOUNDATION,
Level 12, Menara Ken TTDI,
No 37, Jalan Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : 03-7727 9933 | Fax : 03-7728 8246
E-mel : khb@kenholdings.com.my

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklum dan dijemput untuk menghadiri temuduga dan/atau ujian.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup di atas, tidak menepati syarat / prosedur atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Biasiswa KEN Foundation Scholarship
Tarikh tutup: 23 Ogos 2024