Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tajaan JPA 2024

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tajaan JPA adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025

Bidang-bidang yang dimohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

Syarat Kelayakan:



  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan); dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.

Sila baca Iklan Tawaran Penajaan JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) untuk memahami kesemua panduan, perincian syarat khusus mengikut peringkat dan bidang pengajian, struktur pengajian dan Frequently Ask Question (FAQ) yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan.

Cara Memohon Tajaan JPA:

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) bermula 29 Februari 2024 (10.00 pagi) hingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam).

PERMOHONAN PENAJAAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2024


Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau https://esilav2.jpa.gov.my/ pada minggu keempat September 2024 tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada pidn2024@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tajaan JPA
Tarikh tutup: 7 April 2024 (Ahad)
Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.