Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2024

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM merupakan biasiswa yang dibuka untuk pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama dalam dan luar negara dan Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam negara bagi sesi pengajian 2023/2024 (Sem.2).

Baca juga: Senarai Penuh Biasiswa Terkini 2024/2025

Di samping memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran, JAKIM turut berharap skim ini dapat membantu para huffaz al-Quran yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Syarat Memohon:

Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
  • Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;
  • Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun 2 dan ke atas dengan baki pengajian tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian, adalah layak untuk memohon biasiswa SPH;
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi;

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM bermula 25 Mac sehingga 8 April 2024.

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM 2024.


Pemohon dikehendaki memahami syarat permohonan, syarat kelayakan akademik dan panduan mengisi borang permohonan.

Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan.

Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7141/7149/7146/7036 atau emel di alamat sph@islam.gov.my.

Biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM
Tarikh tutup: 8 April 2024 (Isnin)